LATAR BELAKANGKU
Mohamed Ramdhan b. Mohamed Razak dilahirkan pada 10 April 1989 di Kuala Krai, Kelantan. Beliau merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik dan merupakan anak sulong bagi lelaki dalam keluarga ini. Beliau telah di besarkan oleh ayahanda dan bonda tersayang iaitu En. Mohamed Razak b. Daud dan Pn. Zainab binti Abdul Rahman. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, di Sekolah Menengah Hamzah 1 Machang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, Selangor pada tahun 2009. Beliau sekarang menuntut di Tahun Akhir dalam bidang Bacelor Sastera (Pengkhususan Kesusasteraan Melayu).
Sewaktu menuntut di sekolah menengah, beliau begitu aktif dalam bidang sukan hoki. Beliau telah banyak mewakili negeri kelahirannya sendiri iaitu Kelantan ke kejohanan besar dalam Negara. Pencapaian tertinggi beliau dalam bidang hoki ialah memenangi kejohanan hoki antara sekolah –sekolah Malaysia pada tahun 2008. Pada tahun 2010 beliau telah mewakili Kelantan dalam kejohanan terbesar Negara iaitu Sukan Malaysia (SUKMA).
Sebagai pengkaji, peminat, dan pencinta kesusasteraan melayu beliau begitu aktif dalam menyertai seminar-seminar yang di anjurkan oleh Universiti Putra Malaysia mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara seminar yang telah di sertai oleh beliau ialah Seminar kesusasteraan kanak-kanak, seminar Lingustik Antarabangsa, Seminar bersama Editor, Penulis dan Penerbit dan lain-lain.